Nabi Idris A.S
Allah berfirman:
"Dan ceritakanlah (hai
Muhammad kepada mereka kisah) Idris (yang tersebut) di dalam Al-Qur'an.
Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang rasul. Dan
Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi." (QS.Maryam: 56-57)
Kita
tidak mengetahui bila Nabi Idris hidup dan kepada kaum siapa dia diutus dan bagaimana
Allah s.w.t mengangkat darajatnya pada kedudukan yang tinggi. Menurut cerita
kuno disebutkan bahawa Nabi Idris adalah Uzairis, salah seorang pahlawan Mesir
kuno. Beliau dianggap sebagai Tuhan berhala. Izis, isterinya memainkan peranan penting
dalam mengembalikannya pada kehidupan. Kami tidak memiliki suatu sumber yang otentik
yang dapat kami percaya untuk meneguhkan pendapat seputar Nabi Idris. Barangkali
Idris adalah seorang Nabi yang dermawan dan mulia dan diutus di Mesir, lalu Allah
s.w.t mengangkatnya di sisi-Nya seperti Nabi Isa Ibnu Maryam. Ketika beliau diangkat,
terjadilah berbagai macam isu dan fitnah seputar beliau dan kemudian beliau dijadikan
sebagai Tuhan. Dan barangkali ada versi lain seputar kisah itu. Yang jelas Al-Qur'an
al-Karim tidak menyingkap kesamaran yang berhubungan dengan Nabi Idris. Yang
kami ketahui hanya bahawa beliau adalah seorang yang jujur, yang terpercaya,
dan seorang Nabi. Allah s.w.t mengangkatnya ke darjat yang tinggi di sisi-Nya.
Nabi Idris a.s Bersama
Malaikat Izrail
Suatu ketika Nabi Idris a.s telah
dikunjungi oleh Malaikat Izrail dan bertanya.
Nabi Idris a.s katanya: "Hai
malaikat Izrail, engkau datang ini untuk mencabut nyawa atau untuk menziarah?.
Malaikat Izrail: aku datang untuk
menziarah dengan izin Allah.
Nabi Idris: "Hai Malaikat
Izrail, saya ada keperluan dan kepentingan kepadamu" Malaikat Izrail
"Kepentingan apa itu?
Nabi Idris "Kepentingan denganmu
yaitu supaya engkau mencabut nyawaku dan kemudian Allah menghidupkan kembali
sehingga aku dapat beribadah kepada Allah setelah aku merasakan sakaratulmaut".
Malaikat Izrail: sesungguhnya aku
tidak akan mencabut nyawa seseorang melainkan mendapat izin Allah.
Maka
Allah memberi wahyu kepada kepada Malaikat Izrail agar dia mencabut nyawa Nabi
Idris, maka seketika itu Malaikat Izrail mencabut nyawa Nabi Idris a.s. Maka
Malaikat Izrail menangis atas kematian Nabi Idris sambil memohon kepada Allah
agar Allah menghidupkan kembali Nabi Idris a.s.
Kemudian Allah mengabulkan
permohonan Malaikat Izrail, maka Nabi Idris hidup kembali. Malaikat Izrail
bertanya kepada Nabi Idris as. "Hai saudaraku, bagaimana rasanya sakaratulmaut
itu?. Kata Nabi Idris a.s "Sesungguhnya rasa sakaratulmaut itu saya umpamakan
binatang yang hidup itu dilapah kulitnya (dibuang kulitnya semasa hidup-hidup) dan
begitulah rasanya sakaratulmaut bahkan lebih seribu kali sakit."
Kata
Malaikat Maut: "Secara halus dan berhati-hati aku mencabut nyawa yang
seperti itu selama-lamanya." Kemudian Nabi Idris a.s berkata lagi pada
Malaikat Maut: "Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengan engkau yiaitu
saya ingin melihat Neraka Jahanam sehingga saya boleh beribadah kepada Allah
dengan bersungguh-sungguh setelah melihat belenggu, rantai-rantai dan kala
jengking yang menyengat orang-orang yang ada di Neraka Jahanam." Kata
Malaikat Maut "Bagaimana saya boleh pergi ke Neraka Jahanam tanpa izin Allah".
Allah
memberi wahyu kepada Malaikat Maut dengan firman: "Pergilah engkau ke Neraka
Jahanam bersama-sama Nabi Idris a.s". Malaikat Maut pun pergi ke Neraka Jahanam
bersama-sama Nabi Idris kemudian Idris melihat segala macam seksaan yang diciptakan
Allah untuk musuh-musuhNya yang berupa belenggu, rantai-rantai daripada neraka
dan kala jengking serta ular dengan api-api yang menyala dan kayu zakum dan air
yang sangat panas untuk diminum oleh ahli neraka tersebut. Setelah kembali Nabi
Idris berkata lagi kepada Malaikat Maut. "Hai Malaikat Maut, saya ada
keinginan lagi dengamu yiaitu saya ingin melihat syurga sehingga saya boleh
tambah meningkatkan amal ibadah," maka Malaikat Maut berkata
"Bagaimana boleh saya bersamamu ke dalam syurga tanpa
izin Allah." Maka Allah memberi izin pada
Malaikat Maut untuk pergi berdua dan berhenti dekat pintu syurga. Maka Nabi
Idris melihat di dalamnya nampak bermacam-macam nikmat dan istana besar lagi
indah dan beberapa anugerah yang berharga, juga tumbuh-tumbuhan serta buah-buahan
yang beraneka warna dan rasanya berbeza-beza. Nabi Idris berkata "Hai saudaraku,
saya telah merasakan sakitnya sakaratulmaut, saya telah melihat Neraka Jahanam
yang didalamnya bermacam-macam rupa seksaan dan azab neraka maka mohonlah
engkau kepada Allah agar Allah mengizinkan saya untuk masuk syurga dan minum
airnya agar hilang rasa sakitnya sakaratulmaut di tenggkorakku ini dan juga terhindar
daripada seksaan Neraka Jahanam. Maka Malaikat Izrail minta izin kepada Allah
lalu mengizinkannya, kemudian masuklah meraka berdua ke alam syurga lalu
keluar. Kemudian Nabi Idris masuk lagi ke dalam syurga dan meletakkan
seliparnya di bawah pokok kayu di dalam syurga. Maka Nabi Idris berkata kepada
Malaikat Izrail "Hai Malaikat Maut, selipar saya tertinggal didalam syurga
di bawah pokok kayu, maka kembalikanlah saya ke dalam syurga," maka Nabi
Idris masuk ke syurga dan tidak mahu keluar lagi dari syurga. Maka berteriaklah
Malaikat Izrail memanggil Nabi Idris agar keluar dari syurga. "Hai Idris,
keluarlah engkau dari syurga." Maka Nabi Idris pun tidak mahu keluar Allah
s.w.t telah berfirman "Tiap-tiap orang mesti merasakan sakaratul maut,
sedang saya sudah merasakan sakaratulmaut. Dan Allah s.w.t berfirman lagi
maksudnya: "Tidak ada diantara kamu sekelian kecuali mereka itu memasuki (neraka/syurga)
sedang aku pernah memasuki neraka dan Allah pun juga berfirman lagi maksudnya:
"Dan tidaklah mereka itu dikeluarkannya". (keluar daripada syurga). "Siapakah
yang mengeluarkan saya dari syurga" sedangkan Allah telah memberi wahyu kepada
malaikat Maut. "Tinggalkanlah dia (Nabi Idris) sesungguhnya Aku telah memutuskan
dia di zaman azali dahulu bahawa sesungguhnya dia (Nabi Idris) tergolong ahli
dan penghuni syurga." Dan Allah telah berfirman kepada rasul-rasulNya
tentang kisah Nabi Idris dalam firmanNya yang bermaksud. "Dan ingatlah
olehmu cerita-cerita dalam kitab Nabi Idris a.s dan seterusnya."

Tidak ada komentar:
Posting Komentar